Solat Jumaat itu wajib bagi setiap kampung yang mempunyai imam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الجمعة واجبة على كل قرية فيها إمام، وإن لم يكونوا إلا أربعة، حتى ذكر ﷺ ثلاثة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat Jumaat itu wajib bagi setiap kampung yang mempunyai imam, sekalipun mereka hanya empat orang, sehingga baginda ﷺ menyebut tiga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis nombor 1909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم عبد الله الدوسية – رضي الله عنها – مرفوعا: «الجمُعةُ واجبةٌ علَى كلِّ قريةٍ فيها إمامٌ، وإن لم يَكونوا إلَّا أربعةً، حتَّى ذَكرَ ﷺ ثلاثةً». [عد، ابن منده، قط، «الضعيفة» (1204)].

(Palsu) Daripada Umm Abdullah al-Dawsiyah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat Jumaat itu wajib bagi setiap kampung yang mempunyai imam, sekalipun mereka hanya empat orang, sehingga baginda ﷺ menyebut tiga". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Mandah dan al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1204].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.