Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجمُعةُ واجبةٌ علَى كلِّ قريةٍ فيها إمامٌ، وإن لم يَكونوا إلَّا أربعةً، حتَّى ذَكرَ ﷺ ثلاثةً.
Teks Bahasa Melayu
Solat Jumaat itu wajib bagi setiap kampung yang mempunyai imam, sekalipun mereka hanya empat orang, sehingga baginda ﷺ menyebut tiga.
Sahabat Perawi
- Umm Abdullah al-Dawsiyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis no. 1909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم عبد الله الدوسية - رضي الله عنها - مرفوعا: «الجمُعةُ واجبةٌ علَى كلِّ قريةٍ فيها إمامٌ، وإن لم يَكونوا إلَّا أربعةً، حتَّى ذَكرَ ﷺ ثلاثةً». [عد، ابن منده، قط، «الضعيفة» (1204)].
(Palsu) Daripada Umm Abdullah al-Dawsiyah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat Jumaat itu wajib bagi setiap kampung yang mempunyai imam, sekalipun mereka hanya empat orang, sehingga baginda ﷺ menyebut tiga". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Mandah dan al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1204].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman