Solat Jumaat itu wajib bagi lima puluh orang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

الجمعة واجبة على خمسين رجلا، وليس على من دون الخمسين جمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat Jumaat itu wajib bagi lima puluh orang lelaki, manakala tiada solat Jumaat bagi mereka yang kurang daripada limah puluh orang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis nombor 1908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: «الجمعة واجبة على خمسين رجلا، وليس على من دون الخمسين جمعة». [طب، عد، قط، «الضعيفة» (1203)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat Jumaat itu wajib bagi lima puluh orang lelaki, manakala tiada solat Jumaat bagi mereka yang kurang daripada limah puluh orang". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1203].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs