Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Solat Jumaat itu wajib bagi lima puluh orang lelaki

Teks Bahasa Arab

الجمعةُ واجبةٌ علَى خَمسينَ رجلًا، وليسَ علَى مَن دونَ الخمسينَ جُمعةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Solat Jumaat itu wajib bagi lima puluh orang lelaki, manakala tiada solat Jumaat bagi mereka yang kurang daripada limah puluh orang.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis no. 1908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: «الجمعة واجبة على خمسين رجلا، وليس على من دون الخمسين جمعة». [طب، عد، قط، «الضعيفة» (1203)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat Jumaat itu wajib bagi lima puluh orang lelaki, manakala tiada solat Jumaat bagi mereka yang kurang daripada limah puluh orang". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Daraqutni dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1203].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.