Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Solat Jumaat ialah haji bagi orang-orang yang fakir

Teks Bahasa Arab

الجمُعةُ حَجُّ الفقراءِ ، وفي لفظٍ : المساكينِ.

Teks Bahasa Melayu

Solat Jumaat ialah haji bagi orang-orang yang fakir. Dan dalam lafaz yang lain: orang-orang miskin.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345, hadis no. 1812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعًا: «الجمعة حج الفقراء، وفي لفظ: المساكين». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، القضاعي، ابن عساكر، «الضعيفة» (191)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Solat Jumaat ialah haji bagi orang-orang yang fakir. Dan dalam lafaz yang lain: orang-orang miskin. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam kitab Akhbār Aṣbahān, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Syihāb, Ibn Zanjawih dan Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 191]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.