Solat Jumaat di Madinah umpama seribu solat di tempat lain

TEKS BAHASA ARAB

صلاة الجمعة بالمدينة كألف صلاة فيما سواها، [وصيام شهر رمضان في المدينة كصيام ألف شهر فيما سواها].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat Jumaat di Madinah umpama seribu solat di tempat lain, [manakala berpuasa bulan Ramadan di Madinah umpama berpuasa seribu bulan di tempat lain].

STATUS

Palsu dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis nombor 1914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «صلاة الجمعة بالمدينة كألف صلاة فيما سواها، [وصيام شهر رمضان في المدينة كصيام ألف شهر فيما سواها]». [ابن الجوزي في «منهاج القاصدين» و«العلل الواهية»، ابن النجار في «تاريخ المدينة»، «الضعيفة» (1067)].

(Palsu Dengan Lafaz Ini) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat Jumaat di Madinah umpama seribu solat di tempat lain, [manakala berpuasa bulan Ramadan di Madinah umpama berpuasa seribu bulan di tempat lain]". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam Minhaj al-Qasidin dan al-‘Ilal al-Wahiyah dan Ibn Najjar dalam Tarikh al-Madinah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1067].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs