Palsu Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلاةُ الجمُعةِ بالمدينةِ كأَلفِ صلاةٍ فيما سِواها، [وصيامُ شَهرِ رمضانَ في المدينةِ كصيامِ ألفِ شَهرٍ فيما سِواها].
Teks Bahasa Melayu
Solat Jumaat di Madinah umpama seribu solat di tempat lain, [manakala berpuasa bulan Ramadan di Madinah umpama berpuasa seribu bulan di tempat lain].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis no. 1914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «صلاة الجمعة بالمدينة كألف صلاة فيما سواها، [وصيام شهر رمضان في المدينة كصيام ألف شهر فيما سواها]». [ابن الجوزي في «منهاج القاصدين» و«العلل الواهية»، ابن النجار في «تاريخ المدينة»، «الضعيفة» (1067)].
(Palsu Dengan Lafaz Ini) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat Jumaat di Madinah umpama seribu solat di tempat lain, [manakala berpuasa bulan Ramadan di Madinah umpama berpuasa seribu bulan di tempat lain]". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam Minhaj al-Qasidin dan al-‘Ilal al-Wahiyah dan Ibn Najjar dalam Tarikh al-Madinah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1067].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman