Batil

30/06/2024

minit bacaan



Solat Jumaat adalah haji bagi orang-orang fakir

Teks Bahasa Arab

‌الجُمْعَةُ ‌حجُّ ‌الفُقَراءِ.

Teks Bahasa Melayu

Solat Jumaat adalah haji bagi orang-orang fakir.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 31, hadis no. 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Dailami turut mengeluarkannya melalui hadith Ibn 'Umar dengan lafaz: "Ayam adalah ibarat kambing bagi orang-orang fakir dalam kalangan umatku manakala solat Jumaat pula adalah haji bagi orang-orang fakir umatku". Ia hadith yang batil dengan kedua-dua lafaznya sebagaimana dikatakan oleh para huffaz.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.