Batil

30/06/2024

minit bacaan



Solat itu tiang iman

Teks Bahasa Arab

الصَّلاَةُ عِمَادُ الإيمَانِ وَالْجِهَادُ سَنَامُ الْعَمَلِ وَالزَّكَاةُ بَيْنَ ذَلِكَ.

Teks Bahasa Melayu

Solat itu tiang iman, jihad pula tonggak bagi amal. Zakat berada antara kedua-duanya.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 49, hadis no. 262. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini adalah seperti hadith sebelumnya, dalam sanad kedua-dua hadith tersebut terdapat perawi-perawi majhul (tidak dikenali) dan perawi-perawi daif.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.