Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Solat itu tiang agama

Teks Bahasa Arab

أحَبُّ شَيءٍ عِنْدَ اللهِ في الإسلامِ الصَّلاةُ لِوَقتِها، ومَن تَرَكَ الصَّلاةَ فلا دِينَ له، والصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ.

Teks Bahasa Melayu

Solat pada waktunya. Dan siapa yang meninggalkan solat maka tiada agama baginya. Dan solat itu tiang agama.

Sahabat Perawi

  1. Umar al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560, hadis no. 2908.

(ضعيف) عن عمر -رضي الله عنه – قال: جاء رجل فقال: يا رسول الله، أي شيء أحب عند الله في الإسلام؟ قال: ((الصلاة لوقتها، ومن ترك الصلاة فلا دين له، والصلاة عماد الدين)). [هب، ((الضعيفة)) (6967)]

(Lemah) Daripada Umar RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang lalu berkata: Wahai Rasulullah, apakah perkara paling disukai Allah dalam Islam? Baginda menjawab: “Solat pada waktunya. Dan siapa yang meninggalkan solat maka tiada agama baginya. Dan solat itu tiang agama.” [Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Shu’ab al-Iman. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6967]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.