Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Solat itu mendekatkan diri kepada Allah, sedekah itu adalah bukti

Teks Bahasa Arab

يا كعبُ بنَ عُجْرةَ الصَّلاةُ قربانٌ والصَّدقةُ برهانٌ والصَّومُ جُنَّةٌ والصَّدقةُ تُطفِئ الخطيئةَ كما يذهَبُ الجليدُ على الصَّفا

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ka'ab Bin 'Ujrah, Solat itu mendekatkan diri kepada Allah, sedekah itu adalah bukti. Puasa itu adalah penghalang dan sedekah menghapuskan dosa sebagaimana salji yang membersihkan.

Sahabat Perawi

  1. Ka'ab bin 'Ujrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897, hadis no. 4599. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن كعب بن عجرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا كعب بن عجرة الصلاة قربان والصدقة برهان والصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة كما يذهب الجليد على الصفا. [حب, طس, طب, الضعيفة (5797)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Ka'ab Bin 'Ujrah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ka'ab Bin 'Ujrah, Solat itu mendekatkan diri kepada Allah, sedekah itu adalah bukti. Puasa itu adalah penghalang dan sedekah menghapuskan dosa sebagaimana salji yang membersihkan.. [Ibn Hibban di dalam Sahih, Al-Tabrani didalam Al-Mu’jam Al-Saghir, Al-Tabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 5797]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.