Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Solat itu boleh menghitamkan wajah syaitan

Teks Bahasa Arab

الصَّلاَة تُسَوِّدُ وَجْهَ الشَّيْطَانِ وَالصَّدَقَةُ تَكْسِرُ ظَهْرَهُ وَالتَّحَابُّ فِي الله وَالتَّوَدُّدُ فِي الْعَمَلِ يَقْطَعُ دابره فإذا فعلتم ذلك تَبَاعَدَ مِنْكُمْ كَمَطْلَعِ الشَّمسِ مِنْ مَغْرِبِهَا.

Teks Bahasa Melayu

Solat itu boleh menghitamkan wajah syaitan, sedekah pula mematahkan belakang syaitan, saling berkasih sayang kerana Allah dan saling menyukai amal boleh memutuskan kesannya. Maka, apabila kamu mengetahui hal tersebut, syaitan akan saling menjauhi kamu seperti jauh tempat terbit matahari dari tempat terbenam matahari.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 50, hadis no. 263. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sebaliknya, malaikat saling menjauhkan diri daripada sang pendusta kerana buruknya apa yang dibawa olehnya sebagaimana sahih daripada Nabi SAW terhadap apa-apa pendustaan, lebih-lebih lagi terhadap pendustaan atas nama Rasulullah SAW. Hadith tersebut turut diriwayatkan oleh al-Dailami daripada Ibn 'Umar.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.