Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ظَهَرَتْ لَهُمُ الصَّلَاةُ فَقَبِلُوهَا، وَخَفِيَتْ لَهُمُ الزَّكَاةُ فَأَكَلُوهَا، أُولَئِكَ هُمُ الْمُنَافِقُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Solat itu (amalan) zahir buat mereka, maka mereka menerimanya. Sedangkan zakat itu (amalan) tersembunyi buat mereka, maka mereka memakannya (tidak menunaikannya). Mereka itulah golongan munafik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 307, hadis no. 1619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Solat itu (amalan) zahir buat mereka, maka mereka menerimanya. Sedangkan zakat itu (amalan) tersembunyi buat mereka, maka mereka memakannya (tidak menunaikannya). Mereka itulah golongan munafik.” [Riwayat Al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5070].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman