Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلاةُ تُسَوِّدُ وَجْهَ الشيطانِ، والصدقةُ تَكْسِرُ ظَهْرَه، والتَّحَابُبُ في اللهِ والتَّوَدُّدُ في العملِ يَقْطَعُ دابرَه، فإذا فعلتم ذلك تَبَاعَدَ منكم كمَطْلَعِ الشمسِ من مَغْرِبِها.
Teks Bahasa Melayu
Solat itu menghitamkan wajah syaitan (membuatnya sedih), sedekah akan mematahkan tulang belakangnya, berkasih sayang kerana Allah dan mencari cinta (Allah) melalui amal (soleh) akan menghiris bahagian belakangnya, sekiranya kamu melakukan hal itu, ia akan menjauhi kamu seperti jauhnya tempat terbit matahari dengan tempat terbenamnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis no. 4517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: (الصلاة تسود وجه الشيطان، والصدقة تكسر ظهره، والتحابب في الله والتودد في العمل يقطع دابره؛ فإذا فعلتم ذلك تباعد منكم كمطلع الشمس من مغربها). [فر، ((الضعيفة)) (3800)]
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat itu menghitamkan wajah syaitan (membuatnya sedih), sedekah akan mematahkan tulang belakangnya, berkasih sayang kerana Allah dan mencari cinta (Allah) melalui amal (soleh) akan menghiris bahagian belakangnya, sekiranya kamu melakukan hal itu, ia akan menjauhi kamu seperti jauhnya tempat terbit matahari dengan tempat terbenamnya. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3800]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman