Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلاةُ عمادُ الدِّينِ، والجهادُ سَنَامُ العملِ، والزكاةُ بين ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Solat itu adalah tiang agama, jihad pula adalah tonggak amal (yakni: perkara utama namun keutamaannya datang selepas solat), manakala zakat adalah antara keduanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis no. 4518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي-رضي الله عنه- مرفوعا: (الصلاة عماد الدين، والجهاد سنام العمل، والزكاة بين ذلك). [فر، ((الضعيفة)) (3805)]
(Sangat Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Solat itu adalah tiang agama, jihad pula adalah tonggak amal (yakni: perkara utama namun keutamaannya datang selepas solat), manakala zakat adalah antara keduanya.” [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3805]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman