Daif

30/06/2024

minit bacaan



Solat itu adalah cahaya bagi orang beriman

Teks Bahasa Arab

الصلاةُ نورُ المؤمنِ.

Teks Bahasa Melayu

Solat itu adalah cahaya bagi orang beriman.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 251, hadis no. 1302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الصلاة نور المؤمن)). [أبو سعيد الأشج في ((حديثه))، المخلص في ((الفوائد))، تمام، أبو عروبة الحراني في ((جزئه))، الخطيب في ((المضيح))، ع، هب، ابن نصر في ((الصلاة))، ((الضعيفة)) (1660)]

(Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat itu adalah cahaya bagi orang beriman. [Riwayat Abu Sa’id al-Ashajj dalam hadis beliau, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id, Tammam, Abu ‘Arubah al-Harrani dalam Juzu’ beliau, al-Khatib dalam al-Mudih, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi dan Ibn Nasr dalam al-Solah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1660]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.