Solat istikharah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلاة الاستخارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat istikharah.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المختصر صلاة الاستخارة، رواه البخاري عن جابر، وقال الإمام أحمد هو حديث منكر قال الحقير استفتيت فيه بعض أئمة مكة المشرفة في كتابة فكتب إلى الجواب بأن أحمد يطلق المنكر على الفرد المطلق وإن كان رواة ثقة مع أن حديث الاستخارة روي عن ستة من الصحابة غير جابر.

Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut tentang solat istikharah. al-Bukhari meriwayatkan hadith tersebut daripada Jabir. Imam Ahmad berkata: Ia adalah hadith munkar. Hamba yang hina ini berkata: Aku telah bertanya kepada beberapa tokoh di Mekah melalui surat. Beliau membalas bahawa Imam Ahmad menyebut satu-satu hadith sebagai munkar apabila ia diriwayatkan secara bersendirian walaupun ia diriwayatkan oleh perawi yang thiqah. Di samping itu, hadith berkenaan solat istikharah diriwayatkan daripada enam orang sahabat selain dari Jabir.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.