Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلَاة الاستخارة.
Teks Bahasa Melayu
Solat istikharah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin Hanbal (m. 241H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المختصر صلاة الاستخارة، رواه البخاري عن جابر، وقال الإمام أحمد هو حديث منكر قال الحقير استفتيت فيه بعض أئمة مكة المشرفة في كتابة فكتب إلى الجواب بأن أحمد يطلق المنكر على الفرد المطلق وإن كان رواة ثقة مع أن حديث الاستخارة روي عن ستة من الصحابة غير جابر.
Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut tentang solat istikharah. al-Bukhari meriwayatkan hadith tersebut daripada Jabir. Imam Ahmad berkata: Ia adalah hadith munkar. Hamba yang hina ini berkata: Aku telah bertanya kepada beberapa tokoh di Mekah melalui surat. Lalu dibalas kepadaku bahawa Imam Ahmad menyebut satu-satu hadith sebagai munkar apabila ia diriwayatkan secara bersendirian walaupun ia diriwayatkan oleh perawi yang thiqah. Di samping itu, hadith berkenaan solat istikharah diriwayatkan daripada enam orang sahabat selain dari Jabir.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman