Solat ialah khidmat terhadap Allah di muka bumi

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة خدمة الله في الأرض فمن صلى ولم يرفع يديه فهي خداج هكذا أخبرني جبريل عن الله عز وجل أن بكل إشارة درجة في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat ialah khidmat terhadap Allah di muka bumi, maka sesiapa yang solat namun tidak mengangkat kedua tangannya, solatnya kudung. Demikianlah yang telah diberitahu kepadaku oleh Jibril daripada Allah ‘azza wa jalla bahawa bagi setiap isyarat (gerakan) itu memperolehi satu darjat dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 49, hadis nombor 260. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini suatu pendustaan yang jelas, tujuan pendustaan tersebut sebagai menolak pandangan Abu Hanifah dan orang-orang jahil dalam kalangan mazhab Malik. Sebagai perlawanannya ialah hadith yang direka oleh Asbagh bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Andalusi melalui riwayat Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat, maka tidak ada solat baginya. Pendorong mereka untuk melakukan pemalsuan ini adalah kerana sangat taksub kepada mazhab yang telah menjadi agama bagi mereka. Kepada Allah jualah kami memohon kesejahteraan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs