Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّلاَةُ خِدْمَةُ الله فِي الأَرْضِ فَمَنْ صَلَّى ولم يرفع يديه فهى خداج هكذا أَخْبَرَنِي جِبْرِيلُ عَن الله عَزَّ وَجَلَّ أَنَّ بِكُلِّ إشارَةٍ دَرَجَةٍ فِي الجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Solat ialah khidmat terhadap Allah di muka bumi, maka sesiapa yang solat namun tidak mengangkat kedua tangannya, solatnya kudung. Demikianlah yang telah diberitahu kepadaku oleh Jibril daripada Allah 'azza wa jalla bahawa bagi setiap isyarat (gerakan) itu memperolehi satu darjat dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 49, hadis no. 260. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini suatu pendustaan yang jelas, tujuan pendustaan tersebut sebagai menolak pandangan Abu Hanifah dan orang-orang jahil dalam kalangan mazhab Malik. Sebagai perlawanannya ialah hadith yang direka oleh Asbagh bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki al-Andalusi melalui riwayat Nafi' daripada Ibn 'Umar secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat, maka tidak ada solat baginya. Pendorong mereka untuk melakukan pemalsuan ini adalah kerana sangat taksub kepada mazhab yang telah menjadi agama bagi mereka. Kepada Allah jualah kami memohon kesejahteraan.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman