Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَوَى النَّهَارُ، خَرَجَ إِلَى بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ، وَقَدْ يُسِّرَ لَهُ فِيهَا طَهُورٌ، فَإِنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ؛ قَضَاهَا، وَإِلا؛ تَطَهَّرَ، فَإِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ عَنْ كَبِدِ السَّمَاءِ قَدْرَ شِرَاكٍ، قَامَ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ، وَلَمْ يَتَشَهَّدْ بَيْنَهُنَّ، وَسَلَّمَ فِي آخِرِ الأَرْبَعِ، ثُمَّ يَقُومُ فَيَأْتِي الْمَسْجِدَ. فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! مَا هَذِهِ الصَّلاةُ الَّتِي تُصَلِّيهَا وَلا نُصَلِّيهَا؟ قَالَ: ابْنُ عَبَّاس! منْ صَلاهُنَّ مِنْ أُمَّتِي، فَقَدْ أَحْيى لَيْلَتَهُ، سَاعَةً يُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، ويُستجابُ فِيهَا الدُّعَاءُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila tiba waktu tengah hari, Rasulullah SAW akan pergi ke mana-mana kebun di Madinah, Baginda telah dipermudahkan untuk bersuci di sana. Jika Baginda memiliki hajat, Baginda penuhinya (buang air). Jika tidak, Baginda sekadar bersuci sahaja. Apabila tergelincirnya matahari daripada tengah langit dengan kadar tali kasut, baginda pun bangun lalu mendirikan solat empat rakaat tanpa tasyahhud antara dua rakaat (tahiyat awal) dan baginda memberi salam pada rakaat keempat (akhir solat). Kemudian baginda bangun lalu datang ke masjid. Ibn 'Abbas pun berkata: Wahai Rasulullah! Solat apakah ini yang anda kerjakan sedangkan kami pula tidak mengerjakannya? Baginda bersabda: Wahai Ibn 'Abbas! Sesiapa dalam kalangan umatku yang melakukan solat tersebut, maka dia telah menghidupkan malamnya, pada waktu itu pintu langit terbuka dan memperkenankan (dimustajabkan) doa yang dipohon pada waktu itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1226, hadis no. 6240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW apabila tiba waktu tengah hari, Rasulullah SAW akan pergi ke mana-mana kebun di Madinah, Baginda telah dipermudahkan untuk bersuci di sana. Jika Baginda memiliki hajat, Baginda penuhinya (buang air). Jika tidak, Baginda sekadar bersuci sahaja. Apabila tergelincirnya matahari daripada tengah langit dengan kadar tali kasut, baginda pun bangun lalu mendirikan solat empat rakaat tanpa tasyahhud antara dua rakaat (tahiyat awal) dan baginda memberi salam pada rakaat keempat (akhir solat). Kemudian baginda bangun lalu datang ke masjid. Ibn 'Abbas pun berkata: Wahai Rasulullah! Solat apakah ini yang anda kerjakan sedangkan kami pula tidak mengerjakannya? Baginda bersabda: Wahai Ibn 'Abbas! Sesiapa dalam kalangan umatku yang melakukan solat tersebut, maka dia telah menghidupkan malamnya, pada waktu itu pintu langit terbuka dan memperkenankan (dimustajabkan) doa yang dipohon pada waktu itu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6727].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman