Solat dua rakaat selepas maghrib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ركعتان بعد المغرب في الأولى الإخلاص خمسا وعشرين مرة وفي الثانية إحدى وثلاثين مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dua rakaat selepas maghrib. Pada rakaat pertama membaca Surah al-Ikhlas sebanyak dua puluh lima kali. Pada rakaat kedua sebanyak tiga puluh satu kali.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه سليمان بن سلمة متهم.

Di dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang bernama Sulaiman Bin Salamah. Beliau dituduh berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.