Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَكْعَتَانِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ فِي الأُولَى آيَةَ الْكُرْسِيِّ مَرَّةً وَالْفَلَقَ خَمْسًا وَعِشْرِينَ مَرَّةً وَفِي الثَّانِيَةِ الإِخْلاصَ مَرَّةً وَالنَّاسَ خَمْسًا وَعِشْرِينَ مَرَّةً لَا يَمُوتُ مُصَلِّيهَا حَتَّى يَرَى ربه فِي الْمَنَام.
Teks Bahasa Melayu
Solat dua rakaat selepas Jumaat pada rakaat pertama membaca ayat Kursi sekali dan Surah al-Falaq sebanyak dua puluh lima kali. Pada rakaat kedua, membaca Surah al-Ikhlas sekali dan Surah al-Nas dua puluh lima kali, maka orang yang menunaikannya tidak akan mati sehinggalah dia melihat Tuhannya di dalam mimpi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع.
Ia adalah hadith yang palsu.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman