Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَكْعَتَانِ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ بِإِذَا زلزلت خمس عشر مرّة.
Teks Bahasa Melayu
Solat dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca Surah al-Zalzalah sebanyak lima belas kali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Di dalam kitab al-La’ali menyebut: “Solat dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca Surah al-Zalzalah sebanyak lima belas kali.” Di dalamnya terdapat perawi yang munkar. Ibn Hajar berkata: Sanadnya lemah dan mempunyai jalur periwayatan lain yang juga lemah.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman