Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Solat dua rakaat orang yang sudah berkahwin lebih afdal daripada solat 70 rakaat orang bujang

Teks Bahasa Arab

حديث: ركعتان من المتزوج أفضل من سبعين ركعة من الأعزب

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Solat dua rakaat orang yang sudah berkahwin lebih afdal daripada solat 70 rakaat orang bujang

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 120, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا، وقال: مجاشع حديثه منكر غير محفوظ. وقد رواه تمام في فوائده من حديث أنس بلفظ: ركعتان من المتأهل خير من اثنتين ركعة من الأعزب. [وفي سنده مسعود بن عمرو. قال الذهبي في الميزان: لا أعرفه وخبره باطل. وأخرجه الضياء من طريق بقية ] . وقد تعقبه ابن حجر في أطرافه , وقال: هذا حديث منكر، ما لإخراجه معنى. وقد روي من حديث أبي هريرة بمعنى اللفظ الأول. قال ابن عدي: موضوع. آفته من يوسف بن السفر

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu ( disandarkan kepada Nabi), Al-Uqaili berkata: hadith riwayat Mujasyi’ mungkar dan ia tidak terpelihara Tamam meriwayatkan di dalam kitab Fawaidnya melalui hadith Anas dengan lafaz: “Solat dua rakaat orang yang berkahwin lebih afdal daripada solat dua rakaat orang bujang” Pada sanad hadith ini terdapat Mas’ud bin Amr. Al-Dhahabi berkata di dalam al-Mizan, aku tidak mengenalinya, dan riwayatnya batil. Al-Diya’ meriwayatkan daripada jalan Baqiyyah bin Walid. Ibn Hajar memberikan ulasan dalam kitab Atrafnya, berkata: Hadith ini munkar, tiada erti meriwayatkannya Telah diriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah dengan makna lafaz yang pertama. Ibn Adi berkata: hadith ini palsu kecacatannya berpunca dari Yusuf bin al-Safar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.