Solat dua rakaat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة مثنى مثنى، تشهد في كل ركعتين، وتضرع وتخشع، وتمسكن، ثم تقنع يديك – يقول: ترفعهما – إلى ربك مستقبلا- ببطونهما وجهك، وتقول: يا رب يا رب، فمن لم يفعل ذلك، فهي خداج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat (sunat) itu (dilakukan) dua rakaat dua rakaat, (dengan) tasyahhud pada setiap dua rakaat, dilakukan dengan penuh ketundukan, kekhusyukan dan kehinaan diri. Kemudian, angkatlah kedua tanganmu kepada Tuhan kamu dengan kedua tapak tangan di muka kamu dan kamu berkata: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!. Barang siapa yang tidak melakukan itu maka solatnya tidak sempurna.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1588, hadis nombor 8025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الفضل بن العباس مرفوعاً: ((الصلاة مثنى مثنى، تشهد في كل ركعتين، وتضرع وتخشع، وتمسكن، ثم تقنع يديك – يقول: ترفعهما – إلى ربك مستقبلا ببطونهما وجهك، وتقول: يا رب يا رب، فمن لم يفعل ذلك فهي خداج)). [ابن المبارك، ت، ن في ((الكبرى))، البغوي، حم، تخ، ابن خزيمة، الطحاوي في ((المشكل))، هق، عق، طب، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6546)].

(Munkar)
Daripada al-Fadl bin al-Abbas RA berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: ((Solat (sunat) itu (dilakukan) dua rakaat dua rakaat, (dengan) tasyahhud pada setiap dua rakaat, dilakukan dengan penuh ketundukan, kekhusyukan dan kehinaan diri. Kemudian, angkatlah kedua tanganmu kepada Tuhan kamu dengan kedua tapak tangan di muka kamu dan kamu berkata: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!. Barang siapa yang tidak melakukan itu maka solatnya tidak sempurna.))
[Riwayat Ibn al-Mubarak, al-Tirmidhi dalam Sunannya, al-Nasa’ie dalam Sunan al-Kubra, al-Baghawi, Ahmad dalam Musnadnya, al-Bukhari dalam al-Tarikh, Ibn Khuzaimah, al-Tahawi dalam al-Mushkil, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Dua’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6546].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs