Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ركعتَانِ بعمَامَةٍ خيرٌ مِنْ سبعينَ ركعةً بغيرِ عِمَامَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Solat dua rakaat dengan memakai serban lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa memakai serban.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis no. 1694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: ((ركعتَانِ بعمَامَةٍ خيرٌ مِنْ سبعينَ ركعةً بغيرِ عِمَامَةٍ)). [فر، ((الضعيفة)) (5699)].
(Palsu) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Solat dua rakaat dengan memakai serban lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa memakai serban.” [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5699].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman