Solat dua rakaat dengan memakai serban lebih baik daripada solat tujuh puluh rakaat tanpa serban

TEKS BAHASA ARAB

ركعتان بعمامة خير من سبعين ركعة بغير عمامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menunaikan solat dua rakaat dengan memakai serban lebih baik daripada solat tujuh puluh rakaat tanpa serban.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis nombor 8260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ركعتان بعمامة خير من سبعين ركعة بغير عمامة)). [فر، ((الضعيفة)) (5699)].

(Palsu)
Daripada Jabir bin Abdullah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Menunaikan solat dua rakaat dengan memakai serban lebih baik daripada solat tujuh puluh rakaat tanpa serban.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5699].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs