Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عشرون ركعة بعد المغرب في كل ركعة الإخلاص أربعين مرة.
Teks Bahasa Melayu
Solat dua puluh rakaat selepas Maghrib. Pada setiap rakaat, dibaca Surah al-Ikhlas empat puluh kali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam kitab al-La’ali' menyebut: “Solat dua puluh rakaat selepas Maghrib. Pada setiap rakaat, dibaca Surah al-Ikhlas empat puluh kali.” Ia hadith yang tidak sahih.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman