Solat dua belas rakaat di masjid pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

اثنتا عشرة ركعة في المسجد الجامع يوم الجمعة بعد تقديم صوم الأربعاء والخميس والجمعة وتقديم الصدقة يقرأ في عشرة ركعات آية الكرسي عشرا عشرا وفي الركعتين الإخلاص مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan solat dua belas rakaat di masjid pada hari Jumaat selepas berpuasa pada hari khamis dan Jumaat, bersedekahlah yang mana di dalam solat tersebut dibaca ayat kursi sebanyak sepuluh kali di dalam sepuluh rakaat dan pada dua rakaat yang berbaki, dibaca Surah al-Ikhlas sebanyak sekali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه أبان بن عياش متروك.

Di dalamnya terdapat Aban bin ‘Ayyash. Beliau adalah perawi matruk.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.