Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اثنتا عشرَة رَكْعَة فِي الْمَسْجِد الْجَامِع يَوْم الْجُمُعَة بعد تَقْدِيم صَوْم الْأَرْبَعَاء وَالْخَمِيس وَالْجُمُعَة وَتَقْدِيم الصَّدَقَة يقْرَأ فِي عشرَة رَكْعَات آيَة الْكُرْسِيّ عشرا عشرا وَفِي الرَّكْعَتَيْنِ الْإِخْلَاص مرّة.
Teks Bahasa Melayu
Solat dua belas rakaat di masjid pada hari Jumaat selepas berpuasa pada hari khamis dan Jumaat, bersedekahlah yang mana di dalam solat tersebut dibaca ayat kursi sebanyak sepuluh kali di dalam sepuluh rakaat dan pada dua rakaat yang berbaki, dibaca Surah al-Ikhlas sebanyak sekali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فيه أبان بن عياش متروك.
Di dalamnya terdapat Aban bin ‘Ayyash. Beliau adalah perawi matruk.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman