Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُعادُ الصَّلاةُ مِنْ قَدْرِ الدِّرْهَمِ مِنَ الدَّمِ.
Teks Bahasa Melayu
Solat diulangi kerana darah sebesar duit satu dirham.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 28, hadis no. 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini sebahagian daripada rekaan golongan pentaqlid yang mahu menyokong pendapat para Imam mereka. al-'Uqaili berkata: "Ia batil". [Saya berkata]: Lafaznya bukanlah lafaz hadith bahkan ia seakan-akan sebahagian nas fuqaha'.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman