Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّلاةُ في المسجِدِ الحرامِ مائةُ ألفِ صلاةٍ، والصَّلاةُ في مَسجدي عشرةُ آلافِ صلاةٍ، والصَّلاةُ في مسجدِ الرِّباطاتِ ألفُ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Solat di Masjidilharam itu umpama seratus ribu solat. Solat di masjidku umpama sepuluh ribu solat. Manakala solat di masjid ribat itu umpama seribu solat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359-360, hadis no. 1915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «الصلاة في المسجد الحرام مائة ألف صلاة، والصلاة في مسجدي عشرة آلاف صلاة، والصلاة في مسجد الرباطات ألف صلاة». [حل، «الضعيفة» (1073)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Solat di Masjidilharam itu umpama seratus ribu solat. Solat di masjidku umpama sepuluh ribu solat. Manakala solat di masjid ribat itu umpama seribu solat". [Diriwayatkan oleh Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1073].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman