Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلاةُ في المسجدِ الجامعِ؛ تَعْدِلُ الفريضةَ حَجَّةً مَبرُورَةً، والنافلةَ كحَجَّةٍ مُتَقَبَّلَةٍ، وفضلُ الصلاةِ في المسجدِ الجامعِ على ما سِوَاهُ من المساجدِ بخَمْسِ مِئَةِ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Solat di masjid jamek, menyamai ibadah haji wajib yang mabrur. Manakala (solat sunat di dalam masjid jamek) seperti haji yang diterima. Kelebihan solat di dalam masjid jamek ke atas masjid-masjid selainnya adalah sebanyak 500 kali solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 285, hadis no. 1489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((الصلاة في المسجد الجامع؛ تعدل الفريضة حجة مبرورة، والنافلة كحجة متقبلة، وفضل الصلاة في المسجد الجامع على ما سواه من المساجد بخمس مئة صلاة)). [طس، فر، ((الضعيفة)) (3806)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat di masjid jamek, menyamai ibadah haji wajib yang mabrur. Manakala (solat sunat di dalam masjid jamek) seperti haji yang diterima. Kelebihan solat di dalam masjid jamek ke atas masjid-masjid selainnya adalah sebanyak 500 kali solat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3806]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman