Solat di dalamnya (Masjid al-Aqsa) bersamaan 50 000 kali solat (di masjid lain)

TEKS BAHASA ARAB

 إِنَّ الصَّلاةَ فِيهِ بِخَمْسِينَ أَلْفَ صَلاةٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat di dalamnya (Masjid al-Aqsa) bersamaan 50 000 kali solat (di masjid lain).

STATUS

Mudhtarib (sejenis hadis lemah)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Dalam bab (kelebihan Masjid al-Aqsa) ini terdapat hadis keempat yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Tetapi hadis tersebut adalah Mudhtarib (hadis yang bertukar-tukar perawi atau berubah-rubah bentuk matan) yang berbunyi,
إِنَّ الصَّلاةَ فِيهِ بِخَمْسِينَ أَلْفَ صَلاةٍ
“Solat di dalamnya (Masjid al-Aqsa) bersamaan 50 000 kali solat (di masjid lain).”
Hadis ini mustahil kerana masjid Rasulullah SAW lebih afdhal (baik) daripada Masjid al-Aqsa. Bersolat di masjid Rasulullah SAW 1000 kali lebih afdhal (baik) daripada solat di masjid lain.
———————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu Majah dan Sunan Ibnu Majah (no. 1413). Al-Basri berpendapat dalam Misbah az-Zujajah (1//456) bahawa isnadnya dha’if (lemah). Imam az-Zahabi juga menukilkan di dalam al-Mizan (4/520) bahawa hadis ini munkar.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon