Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Solat di belakang seorang lelaki yang warak akan diterima

Teks Bahasa Arab

الصلاةُ خَلْفَ رجلٍ وَرِعٍ مقبولةٌ، والهَدِيَّةُ إلى رجلٍ وَرِعٍ مقبولةٌ، والجُلُوسُ مع رجلٍ وَرِعٍ من العبادةِ، والمذاكرةُ معه صدقةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Solat di belakang seorang lelaki yang warak akan diterima. Dan memberi hadiah kepada seorang lelaki yang warak turut diterima. Duduk bersama seorang lelaki yang warak itu adalah sebahagian daripada ibadah, manakala bermuzakarah bersamanya ialah sedekah.

Sahabat Perawi

  1. al-Barra’ bin ‘Azib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 69, hadis no. 320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌الصلاة ‌خلف ‌رجل ‌ورع ‌مقبولة، ‌والهدية ‌إلى ‌رجل ‌ورع ‌مقبولة، ‌والجلوس ‌مع ‌رجل ‌ورع ‌من ‌العبادة، ‌والمذاكرة ‌معه ‌صدقة)). [فر، ((الضعيفة)) (‌‌3802)]

(Palsu) Daripada al-Barrā’ ibn ‘Āzib RA secara marfū‘: “Solat di belakang seorang lelaki yang warak akan diterima. Dan memberi hadiah kepada seorang lelaki yang warak turut diterima. Duduk bersama seorang lelaki yang warak itu adalah sebahagian daripada ibadah, manakala bermuzakarah bersamanya ialah sedekah.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3802).

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.