Solat di belakang seorang lelaki yang warak adalah diterima

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة خلف رجل ورع مقبولة، والهدية إلى رجل ورع مقبولة، والجلوس مع رجل ورع من العبادة، والمذاكرة معه صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat di belakang seorang lelaki yang warak adalah diterima. Begitu juga hadiah yang diberikan kepada seorang lelaki yang warak adalah diterima. Duduk bersama lelaki yang warak itu merupakan sebahagian dari ibadah dan bermuzakarah (perbincangan) bersamanya pula dianggap sebagai suatu sedekah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 285, hadis nombor 1486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن البراء بن عازب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الصلاة خلف رجل ورع مقبولة، والهدية إلى رجل ورع مقبولة، والجلوس مع رجل ورع من العبادة، والمذاكرة معه صدقة)).
[فر، ((الضعيفة)) (3802)]

(Palsu) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat di belakang seorang lelaki yang warak adalah diterima. Begitu juga hadiah yang diberikan kepada seorang lelaki yang warak adalah diterima. Duduk bersama lelaki yang warak itu merupakan sebahagian dari ibadah dan bermuzakarah (perbincangan) bersamanya pula dianggap sebagai suatu sedekah.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3802]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.