Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلاةُ خَلْفَ رجلٍ وَرِعٍ مقبولةٌ، والهَدِيَّةُ إلى رجلٍ وَرِعٍ مقبولةٌ، والجُلُوسُ مع رجلٍ وَرِعٍ من العبادةِ، والمذاكرةُ معه صدقةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Solat di belakang seorang lelaki yang warak adalah diterima. Begitu juga hadiah yang diberikan kepada seorang lelaki yang warak adalah diterima. Duduk bersama lelaki yang warak itu merupakan sebahagian dari ibadah dan bermuzakarah (perbincangan) bersamanya pula dianggap sebagai suatu sedekah.
Sahabat Perawi
- al-Bara’ bin ‘Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 285, hadis no. 1486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن البراء بن عازب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الصلاة خلف رجل ورع مقبولة، والهدية إلى رجل ورع مقبولة، والجلوس مع رجل ورع من العبادة، والمذاكرة معه صدقة)). [فر، ((الضعيفة)) (3802)]
(Palsu) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat di belakang seorang lelaki yang warak adalah diterima. Begitu juga hadiah yang diberikan kepada seorang lelaki yang warak adalah diterima. Duduk bersama lelaki yang warak itu merupakan sebahagian dari ibadah dan bermuzakarah (perbincangan) bersamanya pula dianggap sebagai suatu sedekah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3802]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman