TEKS BAHASA ARAB
حديث ابن عمر مرفوعا: صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين، وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith yang diriwayatkan oleh al-Dailami daripada hadith Ibn Umar secara marfu’: Solat dengan serban setara dengan 25 solat tanpa serban. Solat Jumaat dengan serban setara dengan 70 solat Jumaat tanpa serban.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 108, hadis nombor 296. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حديث ابن عمر أورده السيوطي في (الجامع الصغير) مع التزامه بأنه لم يذكر فيه موضوعا فليحرر.
Hadith Ibn ‘Umar telah dimasukkan oleh al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir sedangkan beliau beriltizam untuk tidak menyebut mana-mana hadith palsu dalam kitab tersebut. Oleh itu, suntinglah.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.