Solat dengan serban setara dengan 25 solat tanpa serban

TEKS BAHASA ARAB

صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بلا عمامة، وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بلا عمامة، والصلاة في العمامة بعشرة آلاف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dengan serban, setara dengan 25 solat tanpa serban, solat Jumaat dengan serban, setara dengan 70 solat Jumaat tanpa serban, dan solat dengan serban bernilai 10 ribu kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 118-119, hadis nombor 177. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، قال المنوفي: فذلك كله باطل.

Palsu, al-Manufi telah berkata: Kesemuanya adalah batil.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs