Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلاةٌ بِعِمَامَةٍ تَعْدِلُ خَمْسًا وَعِشْرِينَ صَلاةً بِلا عِمَامَةٍ، وَجُمُعَةٌ بِعِمَامَةٍ تَعْدِلُ سَبْعِينَ جُمُعَةً بِلا عِمَامَةٍ، وَالصَّلاةُ فِي الْعِمَامَةِ بِعَشَرَةِ آلافِ حَسَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Solat dengan serban, setara dengan 25 solat tanpa serban, solat Jumaat dengan serban, setara dengan 70 solat Jumaat tanpa serban, dan solat dengan serban bernilai 10 ribu kebaikan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 118-119, hadis no. 177. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، قال المنوفي: فذلك كله باطل.
Palsu, al-Manufi telah berkata: Kesemuanya adalah batil.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman