Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث ابْن عمر مَرْفُوعا: صَلَاة بعمامة تعدل خمْسا وَعشْرين، وجمعة بعمامة تعدل سبعين جُمُعَة.
Teks Bahasa Melayu
hadis yang diriwayatkan oleh al-Dailami daripada hadis Ibn Umar secara marfu’: Solat dengan serban setara dengan 25 solat tanpa serban. Solat Jumaat dengan serban setara dengan 70 solat Jumaat tanpa serban.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 108, hadis no. 296. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حديث ابن عمر أورده السيوطي في (الجامع الصغير) مع التزامه بأنه لم يذكر فيه موضوعا فليحرر.
hadis Ibn 'Umar telah dimasukkan oleh al-Suyuti dalam al-Jami' al-Saghir sedangkan beliau beriltizam untuk tidak menyebut mana-mana hadis palsu dalam kitab tersebut. Oleh itu, suntinglah.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman