Solat dengan serban menyamai 25 solat tanpa serban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة . وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بغير عمامة . إن الملائكة ليشهدون الجمعة معتمين ، ولا يزالون يصلون على أصحاب العمائم حتى تغرب الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dengan serban menyamai 25 solat tanpa serban. Dan solat Jumaat memakai serban menyamai 27 solat Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat akan menghadiri solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka akan sentiasa mendoakan orang-orang yang memakai serban sehingga terbenam matahari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345-346, hadis nombor 1816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن مهدي بن ميمون، قال: دخلت على سالم بن عبد الله بن عمر وهو يعتم، فقال لي: يا أبا أيوب ألا أحدثك بحديث تحبه وتحمله وترويه؟ قلت: بلى، قال: دخلت على عبد الله بن عمر وهو يعتم، فقال: يا بني! أحب العمامة، يا بني! اعتم، تجل وتكرم وتوقر، ولا يراك الشيطان إلا ولى هاربا، إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة، وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بغير عمامة. إن الملائكة ليشهدون الجمعة معتمين، ولا يزالون يصلون على أصحاب العمائم حتى تغرب الشمس». [ابن النجار، «الضعيفة» (127)]

(Palsu) Daripada Mahdī bin Maimūn, beliau telah berkata: Aku telah masuk bertemu dengan Sālim bin ‘Abdullah bin ‘Umar RA dan dia sedang memakai serban, lalu dia berkata kepadaku: Wahai Abū Ayyūb! Tidakkah kamu mahu aku menceritakan kepadamu satu hadith yang mana kamu akan menyukainya, mengamalkannya dan meriwayatkannya? Aku berkata: Bahkan (beritahulah). Dia berkata: Aku telah masuk bertemu dengan ‘Abdullah bin ‘Umar RA dan beliau sedang memakai serban, lalu beliau berkata: Wahai anakku! Aku menyukai serban. Wahai anakku! Berserbanlah, kamu akan dibesarkan, dimuliakan dan dihormati. Dan syaitan tidak akan melihat kamu melainkan dia akan berpatah balik lari (daripadamu). Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Solat dengan serban menyamai 25 solat tanpa serban. Dan solat Jumaat memakai serban menyamai 27 solat Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat akan menghadiri solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka akan sentiasa mendoakan orang-orang yang memakai serban sehingga terbenam matahari. [Riwayat Ibn al-Najjār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 127]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.