Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلاةٌ بعمامةٍ تعدلُ خمسًا وعشرينَ صلاةً بغير عِمامَةٍ . وجمعةٌ بعمامةٍ تعدلُ سبعينَ جمعةً بغيرِ عمامةٍ . إنَّ الملائكة ليشهَدونَ الجمُعةَ معتَمِّينَ ، ولا يزالونَ يصلُّونَ علَى أصحابِ العمائمِ حتَّى تغرُبَ الشَّمسُ.
Teks Bahasa Melayu
Solat dengan serban menyamai 25 solat tanpa serban. Dan solat Jumaat memakai serban menyamai 27 solat Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat akan menghadiri solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka akan sentiasa mendoakan orang-orang yang memakai serban sehingga terbenam matahari.
Sahabat Perawi
- Mahdi bin Maimun
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345-346, hadis no. 1816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن مهدي بن ميمون، قال: دخلت على سالم بن عبد الله بن عمر وهو يعتم، فقال لي: يا أبا أيوب ألا أحدثك بحديث تحبه وتحمله وترويه؟ قلت: بلى، قال: دخلت على عبد الله بن عمر وهو يعتم، فقال: يا بني! أحب العمامة، يا بني! اعتم، تجل وتكرم وتوقر، ولا يراك الشيطان إلا ولى هاربا، إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة، وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بغير عمامة. إن الملائكة ليشهدون الجمعة معتمين، ولا يزالون يصلون على أصحاب العمائم حتى تغرب الشمس». [ابن النجار، «الضعيفة» (127)]
(Palsu) Daripada Mahdī bin Maimūn, beliau telah berkata: Aku telah masuk bertemu dengan Sālim bin ‘Abdullah bin ‘Umar RA dan dia sedang memakai serban, lalu dia berkata kepadaku: Wahai Abū Ayyūb! Tidakkah kamu mahu aku menceritakan kepadamu satu hadith yang mana kamu akan menyukainya, mengamalkannya dan meriwayatkannya? Aku berkata: Bahkan (beritahulah). Dia berkata: Aku telah masuk bertemu dengan ‘Abdullah bin ‘Umar RA dan beliau sedang memakai serban, lalu beliau berkata: Wahai anakku! Aku menyukai serban. Wahai anakku! Berserbanlah, kamu akan dibesarkan, dimuliakan dan dihormati. Dan syaitan tidak akan melihat kamu melainkan dia akan berpatah balik lari (daripadamu). Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Solat dengan serban menyamai 25 solat tanpa serban. Dan solat Jumaat memakai serban menyamai 27 solat Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat akan menghadiri solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka akan sentiasa mendoakan orang-orang yang memakai serban sehingga terbenam matahari. [Riwayat Ibn al-Najjār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 127]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman