Solat dengan bersugi adalah lebih baik berbanding 70 kali solat tanpa bersugi

TEKS BAHASA ARAB

صَلاةٌ بِسواكٍ خَيرٌ مِن سَبعينَ صَلاةٍ بِغَيرِ سِواكٍ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dengan bersugi adalah lebih baik berbanding 70 kali solat tanpa bersugi.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 192-199, hadis nombor 163. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه أحمد (6/ 272) وابن خزيمة (1/ 71) والبزار (1/ 244) والحاكم (1/ 146) والبهيقي (1/ 4.) من طريق محمد بن إسحاق قال: وذكر محمد بن مسلم الزهري عن عروة عن عائشة مرفوعا به. قال البزار: لا نعلم أحدا رواه بهذا اللفظ إلا ابن إسحاق.
وقال ابن خزيمة: أنا استثنيت صحة هذا الخبر لأني أخاف أن يكون محمد بن إسحاق لم يسمع من محمد بن مسلم، وإنما دلسه عنه. وقال البهيقي: وهذا الحديث أحد ما يخاف أن يكون من تدليسات محمد بن إسحاق بن يسار وأنه لم يسمعه من الزهري.
قلت: فعلة هذا الإسناد هي عنعنة ابن إسحاق. أما الحاكم فقال: صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي. وليس كما قالا بل هو وهم عجيب منها لا سيما الذهبي. فان ابن إسحاق لم يحتج به مسلم وقد نبه الذهبي على هذا ثم نسى. فسبحان من لا يضل ولا ينسى. قال النووي في المجموع (1 / 331) : وأما حديث عائشة فضعيف رواه البهيقي من طرق وضعها كلها وكذا ضعفه غيره. وذكر الحاكم في المستدرك وقال: هو صحيح على شرط مسلم وأنكروا ذلك على الحاكم، وهو معروف عندهم بالتساهل في التصحيح. وسبب ضعفه أن مداره على ابن إسحاق وهو مدلس، ولم يذكر سماعه. والمدلس إذا لم يذكر سماعه لا يحتج به بلا خلاف كما هو مقرر لأهل الفن. وقوله أنه ليس على شرط مسلم ليس كذلك فإن محمد بن إسحاق لم يرو له مسلم شيئاً محتجا به. وإنما روى له متابعة. وقد علم من عادة مسلم وغيره من أهل الحديث أنهم يذكرون في المتابعات من لا يحتج به للتقوية، لا للاحتجاج. ويكون اعتمادهم على الإسناد الأول وذلك شيء مشهور عندهم. والبيهقي أتقن في هذا الفن من شيخه الحاكم، وقد ضعفه. والله أعلم. أهـ‍.
وتعقبه في بعض ما قال، صاحب طرح التثريب (2/ 65) فقال: قوله: والمدلس إذا لم يذكر سماعه الخ قال: وقوله: بلا خلاف ليس بجيد بل فيه الخلاف في الاحتجاج بالمرسل وأولى بالصحة لاحتمال عدم سقوط أحد وممن صرح بجريان الخلاف فيه ابن الصلاح. وغيره. والله أعلم. وضعف يحيى بن معين أيضاً الحديث المذكور وقال: أنه باطل. أهـ‍.
وقال ابن مفلح في المبدع (1/ 99) : رواه الحاكم وصححه وقال: على شرط مسلم، وهذا مما أنكر عليه وضعفه البيهقي بسبب أن ابن إسحاق مدلس ولم يسمعه من الزهري. أهـ‍. أما الصنعاني فقال في العدة (1/ 278) : وأخرجه الحاكم وقال: صحيح على شرط مسلم وتعقب بأن مسلماً لم يخرج له يعني ابن إسحاق إلا في المتابعات. قلت: على كل حال، وإن خرج عن رتبة الصحيح فأنه حسن معمول به. ويشهد له حديث جابر مرفوعاً: ركعتان بسواك… أخرجه أبو نعيم بإسناد حسن كما قال المنذري. وأخرج أيضاً مثله موقوفاً على ابن عباس بإسناد قال فيه الحافظ المنذري: جيد. أهـ‍.
قلت: وهذا التعقيب يستغرب من الصنعاني لأنه لم يأت عليه بدليل سوى مجرد الدعوى. ومثله لا يقبل، فذلك لم يتعرض بالجواب عن العلة الحقيقية وهي عنعنة ابن إسحاق. وإنما يحسن حديث ابن إسحاق إذا صرح بالتحديث وعليه استقرعمل كثير من الحفاظ والشواهد التي ذكرها أسانيدها معلولة كما قال الحافظ ابن حجر في التلخيص (1/ 67) . والمنذري رحمه الله نفسه رخو في التصحيح كما علمته بأدلة كثيرة بعد مطالعتي لكتابه الترغيب والترهيب. وقال الشيخ عبد الرحمن البنا في الفتح الرباني (1/ 294) بعد ذكر تصحيح الحاكم: وحديث عائشة لم يتعقبه الذهبي بسيء في تلخيصه على المستدرك، فلو كان معلولاً لذكر علته.
قلت: وهذا جواب هزيل وعذر الشيخ أنه لم يكن من أهل الفن وإلا فالذهبي وقع في كثير من الوهم في تلخيصه على المستدرك، علمت ذلك بعد دراستي لكتاب المستدرك، مما قوى عندي الرغبة في تتبع المواضع التي أخطأ فيها الحاكم ووافقه الذهبي، فتجمع لديَّ حتى الآن أكثر من ألف موضع أودعتها في كتابي: إتحاف الناقم بوهم الذهبي والحاكم يسر الله إتمامه بخير. وَلَهُ قصة ذكرتها في مقدمة الكتاب المشار إليهِ. نعم. توبع ابن إسحاق. تابعه معاوية بن يحيى عن الزهري عن عروة عن عائشة مرفوعاً: ركعتان بسواك أفضل من سبعين ركعة بغير سواك.
أخرجه أبو يعلى (252- زوائده) وبحشل في تاريخ واسط (200) وابن حبان في المجروحين (3/ 5) والبزار (1/ 245) وابن عدي في الكامل (6/ 2395) وابن الجوزي في الواهيات (1/ 336) . قال البزار: لا نعلم رواه إلا معاوية) .
قلت: وهو ابن يحيى الصدفي. قال ابن معين: هالك. ليس بشيء. وضعفه أبو حاتم والنسائي والساجي وقال: جداً. وقال أحمد: تركناه.وله طريق آخر عن عائشة. أخرجه البيهقي (1/ 40) من طريق محمد بن عمر ثنا عبد الله بن أبي يحيى الأسلمى، عن أبي الأسود عن عروة عن عائشة مرفوعاً: الركعتان بعد السواك أحب إلي من سبعين ركعة قبل السواك. قال البيهقي: الواقدي، لا يحتج به.
قلت: لأنه متروك بل كذبه غير واحد. قال الحافظ يرد على مغلطاي: وقد تعصب مغلطاي للواقدي، فنقل كلام من قواه ووثقه، وسكت عن ذكر من وهاه واتهمه، وهم أكثر عددا وأشد إتقانا وأقوى معرفة به من الأولين. ومن جملة ما قواه به: أن الشافعي روى عنه. وقد أسند البيهقي عن الشافعي أنه كذبه. ولا يقال: فكيف روى عنه؟ لأنا نقول: رواية العدل ليست بمجردها توثيقا، فقد روى أبو حنيفة عن جابر الجعفي وثبت عنه أنه قال: ما رأيت اكذب منه أهـ‍.

Batil. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ahmad (6/272), Ibn Khuzaimah (1/71), al-Bazzar (1/244), al-Hakim (1/146), dan al-Baihaqi (1/4) melalui sanad Muhammad bin Ishaq, kata beliau: dan Muhammad bin Muslim al-Zuhri telah menyebutkannya daripada ‘Urwah daripada ‘AIshah secara marfu’ hadith tersebut. Al-Bazzar berkata: “Tidak kami ketahui seorang pun yang meriwayatkan dengan lafaz ini selain Ibn Ishaq”. Ibn Khuzaimah berkata: “Saya mengecualikan penilaian sahih terhadap khabar ini kerana saya khuwatir jika Muhammad bin Ishaq tidak mendengar hadith daripada Muuhammad bin Muslim, sebaliknya beliau melakukan menyebunyikan sumber daripada Muhammad bin Muslim”. Al-Baihaqi pula berkata: “Hadith ini salah satu hadith yang dibimbangi termasuk dalam hadith-hadith yang Muhammad bin Ishaq bin Yasar lakukan Tadlis, beliau tidak sempat mendengar hadith daripada al-Zuhri”.
Manakala, al-Hakim pula berkata: Sahih berdasarkan syarat Muslim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Ianya tidak seperti al-Hakim dan al-Zahabi katakan bahkan ianya suatu perkara yang pelik daripada mereka terutamanya al-Zahabi kerana Muslim tidak pernah menjadikan hadith Ibn Ishaq sebagai hujjah. Al-Zahabi sendiri telah memperingatkan tentang ini, kemudian beliau terlupa. Maha Suci Allah Tuhan yang tidak tersasar dan tidak lupa.
Al-Nawawi juga telah memberi komentar dalam al-Majmu’ (1/331): “Adapun hadith ‘Aishah, maka ianya dha’if. Al-Baihaqi telah meriwayatkannya melalui beberapa sanad yang kesemuanya palsu, demikian juga tokoh lain menilai hadith tersebut sebagai dha’if. Al-Hakim menyebutkan dalam al-Mustadrak, katanya: ‘Ianya sahih berdasarkan syarat Muslim’, para ulama menginkari kenyataan terhadap al-Hakim. Di sisi ulama, al-Hakim dikenali dengan sikap bermudah-mudah dalam penilaian sahih. Sebab dha’if hadith tersebut adalah kerana madar (paksi) hadith itu berkisar kepada Ibn Ishaq dan beliau seorang perawi yang Mudallis, beliau pula tidak menyebutkan bahawa beliau mendengarnya. Seorang perawi Mudallis apabila tidak menyebutkan mendengar hadith tersebut maka tidak boleh dijadikan hujjah tanpa khilaf sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ahli bidang ini. Kata al-Hakim bahawa ianya (penterjemah: berlaku penambahan perkataan ليس disini berdasarkan edisi Maktabah Shamilah, sebetulnya perkataan tersebut tidak ada dalam al-Majmu’) berdasarkan syarat Muslim, tidak sedemikian. Ini kerana, Muhammad bin Ihsaq tidak pernah diriwayatkan mana-mana hadith beliau oleh Muslim sebagai tujuan untuk dijadikan hujjah, yang ada hanyalah riwayat beliau sebagai sokongan sahaja. Sudah diketahui bahawa kebiasaannya Muslim dan ahli hadith lain, mereka menyebutkan sebagai hadith-hadith sokongan riwayat perawi yang tidak boleh dijadikan hujjah, tujuannya sebagai penguat bukan sebagai hujjah. Mereka berpegang kepada sanad yang pertama. Perkara ini sudah masyhur di sisi mereka. al-Baihaqi lebih teguh dalam bidang hadith berbanding guru beliau al-Hakim dan al-Baihaqi telah menilai dha’if hadith tersebut. Wallahua’lam”.
Namun, penulis Tarh al-Tathrib (2/65) telah memberikan komentar terhadap sebagai kenyataan al-Nawawi, katanya: “Kata al-Nawawi: ‘Dan perawi Mudallis apabila tidak menyebutkan bahawa beliau mendengar hadith itu, juga kata beliau: ‘tanpa khilaf’ adalah tidak tepat, bahkan berlaku khilaf dalam masalah berhujjah dengan riwayat yang mursal dan lebih utama menyatakan sahih kerana ada kemungkinan tidak gugurnya mana-mana perawi. Antara yang jelas menyebutkan adanya khilaf dalam masalah ini adalah Ibn al-Solah dan lain-lain. Wallahua’lam. Yahya bin Ma’in turut menilai dha’if hadith yang tersebut, kata Yahya: ‘Ianya batil'”.
Selain itu, Ibn Muflih juga berkata dalam al-Mubdi’ (1/99): “al-Hakim telah meriwayatkannya secara menilainya sahih dan berkata: ‘Berdasarkan syarat Muslim’, ini termasuk perkara yang diingkari terhadap al-Hakim. Al-Baihaqi telah menilai hadith itu sebagai dha’if disebabkan kerana Ibn Ishaq seorang Mudallis dan beliau tidak pernah mendengarnya daripada al-Zuhri”.
Al-San’ani pula berkata dalam al-‘Uddah (1/278): “al-Hakim telah mengeluarkannya seraya berkata: ‘Sahih berdasarkan syarat Muslim’, beliau telah dikritik kerana Muslim tidak pernah mengeluarkan riwayat Ibn Ishaq selain dalam bab riwayat-riwayat sokongan. Saya berkata: Walau bagaimanapun, sekalipun ianya keluar daripada peringkat sahih, maka ianya adalah berstatus hasan yang masih boleh diamalkan. Ianya disokong oleh hadith Jabir secara marfu’: “Dua rakaat dengan bersugi…”. Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dengan sanad yang hasan sebagaimana kata al-Munziri. Juga telah dikeluarkan dengan lafaz seumpama itu secara mawquf kepada Ibn ‘Abbas dengan sanad yang al-Hafiz al-Munziri katakan: ‘Jayyid’.
Saya berkata: Komentar ini agak ganjil daripada al-San’ani, kerana beliau tidak membawakan dalil pun, hanya sekadar dakwaan sahaja. Perkara seperti ini tidak boleh diterima. Oleh kerana itu, beliau tidak membawakan jawapan terhadap kecacatan yang sebenar, iaitu riwayat secara ‘an’anah oleh Ibn Ishaq. Hadith Ibn Ishaq hanya boleh dinilai hasan sekiranya beliau menyebutkan jelas lafaz Tahdith sebagaimana yang telah ditetapkan oleh majoriti Huffaz. Sokongan yang beliau sebutkan itu, sanad-sanadnya terdapat kecacatan sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Talkhis (1/67). Al-Munziri r.h sendiri bersikap longgar dalam menilai sahih sebagaimana yang saya ketahui melalui banyak bukti-bukti setelah saya mentelaah kitab al-Targhib Wa al-Tarhib beliau.
Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Banna dalam al-Fath al-Rabbani (1/294) berkata setelah menyebutkan penilaian sahih oleh al-Hakim: “Dan hadith ‘Aishah tidak diberikan komentar negatif oleh al-Zahabi dalam Talkhis ‘Ala al-Mustadrak, kalaulah hadith tersebut terdapat kecacatan, pastilah beliau menyebutkan kecacatannya”.
Saya berkata: Ini adalah jawapan yang lemah, diberikan keuzuran kepada al-Syeikh kerana beliau bukan ahli bidang ini. Ini kerana, al-Zahabi sendiri telah berlaku banyak kekeliruan dalam Talkhis ‘Ala al-Mustadrak beliau. Saya mengetahuinya setelah kajian saya terhadap kitab al-Mustadrak yang menguatkan lagi kemahuan saya untuk meneliti tempat-tempat yang al-Haki tersilap dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Terhimpun pada saya hingga kini sebanyak lebih 1000 tempat, saya simpannya dalam buku saya Ithaf al-Naqim Bi Wahm al-Zahabi Wa al-Hakim. Semoga Allah memberikan kemudah untuk menyiapkannya dengan baik. Ada kisah yang saya sebutkan dalam pendahuluan kitab tersebut.
Ya, Ibn Ishaq telah disokong riwayatnya oleh Mu’awiyah bin Yahya daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah secara marfu’: “Dua rakaat dengan bersugi lebih baik berbanding 70 rakaat tanpa bersugi”. Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Ya’la (252 –Zawaid beliau), Bahshal dalam Tarikh Wasit (200), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (3/5), al-Bazzar (1/245), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2395) dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/336).
Al-Bazzar berkata: “Tidak kami ketahui yang meriwayatkannya kecuali Mu’awiyah”. Saya berkata: Beliau adalah Ibn Yahya al-Sadafi. Ibn Ma’in berkata: “Halik (Perosak hadith), tidak ada nilai”. Abu Hatim dan al-Nasa’ei menilai beliau sebagai dha’if. Al-Saji menambah: “Dha’if Jiddan”.
Ahmad berkata: “Kami telah meninggalkan riwayatnya”. Terdapat sanad lain daripada ‘Aishah. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Baihaqi (1/40) melalui sanad Muhammad bin ‘Umar, katanya Abd Allah bin Abi Yahya al-Aslami telah menceritakan kepada kami daripada Abu al-Aswad daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah secara marfu’: “Dua rakaat selepas bersugi lebih aku sukai berbanding 70 rakaat sebelum bersugi”. Al-Baihaqi berkata: “al-Waqidi, tidak boleh dijadikan hujjah riwayat beliau”.
Saya berkata: Kerana beliau seorang yang Matruk, bahkan bukan seorang yang menilai beliau sebagai pendusta. Al-Hafiz berkata sebagai kritikan terhadap Mughlatai: “Mughlatai benar-benar taksub terhadap al-Waqidi, kerana itu beliau telah menukiklkan kalam mereka-mereka yang menilai beliau sebagai kuat dan menilai beliau sebagai thiqah dan berdiam diri daripada menyebutkan mereka-mereka yang menilai al-Waqidi sebagai lemah dan yang mendakwa beliau berdusta, sedangkan mereka lebih ramai dari sudut bilangan dan lebih kuat dari sudut keteguhan ilmu dan tergolongan para pendahulu yang lebih kuat pengetahuan berkenaan al-Waqidi. Antara kesimpulan hujjah beliau yang menguatkan al-Waqidi adalah al-Shafi’ei telah meriwayatkan daripada beliau. Sedangkan al-Baihaqi telah membawakan riwayat secara bersanad daripada al-Shafi’ei bahawa beliau menilai al-Waqidi sebagai pendusta. Tidak boleh dikatakan: ‘Bagaimana beliau boleh meriwayatkan daripadanya? Kita katakan bahawa riwayat seseorang yang ‘adil (daripada seorang perawi) tidak memadai untuk menilai thiqah, kerana Abu Hanifah pun ada meriwayatkan daripada Jabir al-Ju’fi sedangkan thabit daripada Abu Hanifah bahawa beliau berkata: “Tidak pernah aku lihat orang yang lebih pendusta berbanding beliau.”

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs