Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّلاةُ في العِمامةِ تعدِلُ بعَشرةِ آلافِ حَسنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Solat dengan memakai serban menyamai 10 ribu kebaikan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis no. 1817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «الصلاة في العمامة تعدل بعشرة آلاف حسنة». [فر، «الضعيفة» (129)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Solat dengan memakai serban menyamai 10 ribu kebaikan. [Riwayat al-Daylamī dalam kitab Musnad al-Firdaus dan al-Suyūṭī dalam Zail al-Ahādith al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 129]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman