Solat dapat menghitamkan wajah syaitan

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة تسود وجه الشيطان، والصدقة تكسر ظهره، والتحابب في الله والتودد في العمل يقطع دابره، فإذا فعلتم ذلك تباعد منكم كمطلع الشمس من مغربها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat itu mampu menggelapkan wajah syaitan, sedekah dapat memecahkan tulang belakangnya, berkasih sayang dan mencari cinta (Allah) melalui amal soleh akan memutuskan bahagian belakangnya. Dan sekiranya kamu melakukannya nescaya syaitan akan menjauhi kamu seperti jauhnya tempat matahari terbit dari tempat terbenamnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 69, hadis nombor 319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((‌الصلاة ‌تسود ‌وجه ‌الشيطان، ‌والصدقة ‌تكسر ‌ظهره، ‌والتحابب ‌في ‌الله ‌والتودد ‌في ‌العمل ‌يقطع ‌دابره؛ ‌فإذا ‌فعلتم ‌ذلك ‌تباعد ‌منكم ‌كمطلع ‌الشمس ‌من ‌مغربها)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌3800)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘: “Solat itu mampu menggelapkan wajah syaitan, sedekah dapat memecahkan tulang belakangnya, berkasih sayang dan mencari cinta (Allah) melalui amal soleh akan memutuskan bahagian belakangnya. Dan sekiranya kamu melakukannya nescaya syaitan akan menjauhi kamu seperti jauhnya tempat matahari terbit dari tempat terbenamnya.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3800).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs