Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلاةُ تُسَوِّدُ وَجْهَ الشيطانِ، والصدقةُ تَكْسِرُ ظَهْرَه، والتَّحَابُبُ في اللهِ والتَّوَدُّدُ في العملِ يَقْطَعُ دابرَه، فإذا فعلتم ذلك تَبَاعَدَ منكم كمَطْلَعِ الشمسِ من مَغْرِبِها.
Teks Bahasa Melayu
Solat itu mampu menggelapkan wajah syaitan, sedekah dapat memecahkan tulang belakangnya, berkasih sayang dan mencari cinta (Allah) melalui amal soleh akan memutuskan bahagian belakangnya. Dan sekiranya kamu melakukannya nescaya syaitan akan menjauhi kamu seperti jauhnya tempat matahari terbit dari tempat terbenamnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 69, hadis no. 319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((الصلاة تسود وجه الشيطان، والصدقة تكسر ظهره، والتحابب في الله والتودد في العمل يقطع دابره؛ فإذا فعلتم ذلك تباعد منكم كمطلع الشمس من مغربها)). [فر، ((الضعيفة)) (3800)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘: “Solat itu mampu menggelapkan wajah syaitan, sedekah dapat memecahkan tulang belakangnya, berkasih sayang dan mencari cinta (Allah) melalui amal soleh akan memutuskan bahagian belakangnya. Dan sekiranya kamu melakukannya nescaya syaitan akan menjauhi kamu seperti jauhnya tempat matahari terbit dari tempat terbenamnya.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3800).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman