Solat bagi orang musafir adalah sebanyak dua rakaat sehinggalah dia pulang kepada ahli keluarganya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلاة المسافر ركعتان حتى يؤوب إلى أهله أو يموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat bagi orang musafir adalah sebanyak dua rakaat sehinggalah dia pulang kepada ahli keluarganya atau dia meninggal dunia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis nombor 1482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((صلاة المسافر ركعتان حتى يؤوب إلى أهله أو يموت)).
[أبو محمد الأردبيلي في ((الفوائد))، أبو جعفر الرزاز في ((حديثه))، خط، ((الضعيفة)) (3775)]

(Sangat lemah) Daripada ‘Umar ibn al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat bagi orang musafir adalah sebanyak dua rakaat sehinggalah dia pulang kepada ahli keluarganya atau dia meninggal dunia.
[Riwayat Abu Muhammad al-Ardabili dalam al-Fawa’id, Abu Ja’far al-Razaz dalam hadis beliau dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3775]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.