Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلاةُ المسافرِ ركعتانِ حتى يَؤُوبَ إلى أهلِه أو يموتَ.
Teks Bahasa Melayu
Solat bagi orang musafir adalah sebanyak dua rakaat sehinggalah dia pulang kepada ahli keluarganya atau dia meninggal dunia.
Sahabat Perawi
- ‘Umar ibn al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis no. 1482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((صلاة المسافر ركعتان حتى يؤوب إلى أهله أو يموت)). [أبو محمد الأردبيلي في ((الفوائد))، أبو جعفر الرزاز في ((حديثه))، خط، ((الضعيفة)) (3775)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Umar ibn al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat bagi orang musafir adalah sebanyak dua rakaat sehinggalah dia pulang kepada ahli keluarganya atau dia meninggal dunia. [Riwayat Abu Muhammad al-Ardabili dalam al-Fawa’id, Abu Ja’far al-Razaz dalam hadis beliau dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3775]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman